Tuesday, September 7, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Asslamualaikum w.b.t....

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lagi dua hari sahaja kita akan menyambut hari raya Aidilfitri yang mulia ini. Namun begitu, tanggungjawab seperti biasa perlu dilaksanakan. Jurnal refleksi yang perlu dilakukan selepas setiap kuliah tidak saya lupakan. Pada minggu 8 yang lalu kumpulan pembentangan adalah berkisar mengenai Menora. Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa sebelum menjalani kursusu Muzik Tradisional ini saya memang tidak pernah mendengar mengenai Menora apatah lagi mengetahui sejarah dan bagaimana terciptanya menora dan apa itu menora. Alhamdulillah kini saya telah mengetahui serba sedikit mengenai Menora setelah diperjelaskan lagi oleh kumpulan pembentangan Menora. Tahniah diucapkan kepada semua pembentang atas kerjasama dan persembahan yang telah kamu lakukan.

Semasa minggu ke-8, hanya satu kumpulan sahaja yang membuat pembentangan. Hal ini kerana En Amran mengatakan bahawa masa tidak cukup untuk membuat 2 pembantangan dan mungkin juga kerana ia memerlukan penjelasan yang lebih disebabkan pengetahuan tentang Menora ini boleh dikatakan tidak sampai 10% pun. Terasa rugi sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak mengetahui khazanah kebudayaan yang ada di negara kita ini.

Pembentangan pada hari itu boleh dikatakan hangat kerana banyak persoalan yang diutarakan oleh para pelajar dan juga En Amran sendiri. Kumpulan tersebut telah mengedarkan keratan keratan akhbar dan juga maklumat-maklumat mengenai Menora. Terdapat keratan akhbar yang telah berusia 20 TAHUN. Pembelajaran pada hari itu sangat menarik.




Tarian Menora ialah sejenis drama tradisional Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni drama Siam dan telah menjadi popular di negeri Perlis, Kelantan dan Kedah. Tarian ini mempunyai pakaian yang tersendiri. Terdapat perbezaan yang dapat dilihat samada menora tersebut Siam ataupun Melayu. Iaitu melalui bentuk kostum yang dipakai di badan dan di kepala.





2 comments:

Damiana on October 29, 2010 at 6:22 PM said...

Salam mia.

Saya kurang menarik dengan menora ini. Bagi saya ianya sedikit membosankan. Apakah pandangan anda?

SMP2252 UMAIRAH on October 31, 2010 at 9:23 AM said...

hmmm...
masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Bagi saya setaip muzik tradisional itu amat menarik.. Dan jikalau boleh saya ingin menyakskannya secara langsung.

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 UMAIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template