Tuesday, October 5, 2010

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Asslaamualaikum w.b.t

Dua minggu ni terasa sangat sibuk, tidak terurus dan stress. Semuanya gara-gara buat asigment last minute. Memang berserabut. Tapi tugasan setiap minggu kelas En Amran iaitu jurnal refleksi tidak diabaikan. Pada minggu lepas iaitu minggu 10, terdapat dua kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan Nobat dan Kumpulan Orkestra Cina Moden. setiap kumpulan tersebut ada membuat kajian lapangan.

Seperti kumpulan Nobat, mereka telah melakukan kajian lapangan di Istana Perak. Sangat menarik. Saya tidak pernah masuk ke istana lagi seumur hidup ni..

Di Malaysia, Nobat hanya terdapat di Kedah, Terengganu, Selangor dan Perak. Menurut sejarah, kedatangan nobat ke Malaysia tiada bukti kukuh. Terdapat pendapat yang mengatakan ia telah muncul sejak 4 kurun dahulu di sini. Nobat mula dimainkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah pada 1435. Pendapat lain mengatakan bahawa ia dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Arab.

Rupa-rupanya di Malaysia cuma ada satu sahaja Balai Nobat iaitu di Kedah. Ia dibina semasa pemerintahan Sultan ke-19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin. ia telah diubahsuai oleh Sultan ke- 25 iaitu Sultan Ahmad Tajudin dan Sultan ke-26, Sultan Sbdul Hamid. Sekarang ia mempunyai struktur logam dan batu-bata.

Alat-alat muzik nobat ialah serunai, gendang ibu dan anak, nafiri, gong dan mahaguru atau semambu. tetapi semambu itu bukan alat muzik tapi ia seperti cokmar dan ia merupakan alat terpenting dalam Nobat. Lagu-lagu yang dimainkan dalam nobat ialah seperti Lagu Belayar, Lagu Raja Burung.

terdapat perbezaan dan persamaan dalam nobat bagi setiap negeri. Contoh perbezaan antara Nobat negeri Perak dengan Nobat negeri Kedah ialah di Perak, nobat hanya dimainkan pada hari-hari tertentu sahaja manakala nobat negeri Kedah dimainkan pada setiap hari.

Terdapat pantang larang dalam nobat dan sekiranya ia dilanggar maka bencana akan menimpa kepada si pesalah. antaranya ialah, alat muzik nobat tidak boleh dipersendakan dan tidak boleh diubah sesuka hati. Selain itu, yang paling memeranjatkan saya ialah pantang larangnya yang tidak membenarkan sesiapa melitas di hadapan alat muzik nobat semasa alat muzik tersebut dibawa turun ke Balai Besar.

Pembentangan orkestra muzik moden pula merupakan sesuatu yang amat berlainan dan tidak saya ketahui. Bila disebut tajuk pembentangan, terus terlintas di fikiran saya tentang opera Cina yang sering dipersembahkan di sesuatu kawasan berpenduduk Cina. Ternyata sangkaan saya sangat meleset.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 UMAIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template