Sunday, July 25, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum wbt...

Apa yang saya dapat daripada pembelajaran dalam kuliah dua ialah mengenai soundscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional Malaysia, kategori alat-alat muzik dan konsep muzik. Sebelum menghadiri kursus ini, saya telah mempunyai sedikit pengetahuan dalam muzik tradisional dan instrumen yang digunakan di dalam muzik tradisional seperti ghazal, keroncong, asli, zapin, kuda kepang, dan barongan. Tetapi ia cuma secara umum dan hanya melalui pemerhatian. Pengetahuan secara fakta adalah terhad. Sebagai contoh alat muzik yang saya ketahui ialah tabla, peti harmonika, biola, seruling, maruas, vandelin, double bass, celo, dan alat-alat lain yang tergolong dalam alat-alat muzik ghazal dan keroncong. Saya amat meminati muzik tersebut.

Saya terdedah kepada muzik tradisional sejak dari kecil lagi, bapa saya mempunyai kumpulan ghazal yang diberi nama Sri Warisan Ghazal dan sebuah kumpulan keroncong. Kumpulan ghazal tersebut bertahan selama 25 tahun. Kumpulan keroncong pula hanya bertahan selama 4 tahun disebabkan kekurangan pemuzik mahir. Dan kini kumpulan tersebut hanya tinggal nama kerana masing-masing membawa haluan masing-masing. Ada yang sudah bekerja dengan yayasan warisan Johor dan ada yang menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja tetap mereka. Namun begitu, peralatan-peralatan muzik tersebut masih disimpan di rumah dan kebanyakannya telah rosak.



Walaupun begitu, saya tidak mengetahui alat-alat muzik berkenaan tergolong dalam jenis apa. Setelah mempelajari kuliah dua ini, barulah saya tahu bahawa terdapat pengkategorian alat-alat muzik iaitu samada ia tergolong dalam jenis kodrofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Saya memang tak pernah dengar pun perkataan-perkataan tersebut. Yang hanya saya tahu mikrofon, headfon, telefon dan sebagainya yang sering diketahui umum.

Saya sering mendengar umum mengatakan bahawa muzik itu bersifat universal. Rupa-rupanya baru saya ketahui sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tentang sesuatu muzik itu, maka ia tidak bersifat universal.

Muzik tradisional di Malaysia saling bersangkut paut dengan Indonesia, sebahagian Thailand, Kampuchea dan Filipina kerana terdapat persamaan dalam konteks budaya. Interaksi sosiobudaya ini telah menghasilkan kepelbagaian genre. Sudah sekian lama saya alpa, tidak terfikir di fikiran bahawa sejarah muzik tradisional ada kaitan dengan pergerakan manusia pada zaman dahulu kala. Apa yang sering kita pelajari mengenai sejarah ialah mengenai ekonomi, ciri-ciri sesebuah kerajaan dan struktur masyarakatnya pada zaman dahulu. Sejak zaman manusia proto lagi, kedatangan pedagang-pedagang dari India, Arab dan Eropah juga mencorakkan lagi muzik di Malaysia. Terdapat unsur-unsur Hindu, Arab dan setelah kedatangan Islam, wujud pula zapin, Hadrah, Rodat, dan Dabus.

Pengaruh yang terdapat dalam muzik tradisional Malaysia ialah pengaruh Indonesia, Thailand dan Barat. dengan itu wujudlah Wayang Purwa, Kuda Kepang, Joget Gamelan, Wayang Kulit Siam, Dondang Sayang, Menora, MakYong, Asli, Keroncong, Ghazal dan lain-lain.

Sepanjang hidup saya ini, saya cuma mendengar muzik dan tidak ambil peduli akan struktur muzik tersebut. Asalkan sedap didengar, saya dengar saja. Rupa-rupanya dalam sesuatu muzik terdapat strukturnya tersendiri iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi.

Dengan mempelajari kursus ini, saya dapat ketahui banyak perkara mengenai muzik tidak kira dari segi sejarah, budaya, kategori dan strukturnya. Banyak jenis muzik tradisional yang saya tidak ketahui. Saya amat berharap bahawa saya akan mendapat input yang lebih banyak dalam kursus ini.

InsyaAllah....

3 comments:

Damiana on July 25, 2010 at 5:06 PM said...

Salam mia.

Sangat menarik cerita anda.
Saya harap anda dapat meneruskan warisan seni dari keluarga anda dengan lebih mendalami ilmu berkaitan muzik tradisional. Dengan itu anda perlu merebut peluang di dalam kelas dengan bertanyakan apa sahaja berkaitan musik tradisional dengan pensyarah. Dengan cara ini saya rasa anda akan dapat lebih pengetahuan dan tidak mustahil suatu hari nanti ada boleh mewujudkan satu kumpulan musik tradisional sendiri. InsyAllah.

~Tiada makna seni itu jika tidak diwariskan~

Muzik Tradisional Malaysia on July 27, 2010 at 7:54 AM said...

Pengalaman yang menarik.. Boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Marlin Binti Kisil on July 27, 2010 at 10:24 AM said...

Satu pengalaman yang menarik!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

Blog Pelajar Kumpulan B

Blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 UMAIRAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template